Monday, May 2, 2011

Aktiviti Musim Cuti


Assalamualaikum..

Bermula lah musim cuti pelajar2 politeknik...para pelajar universiti jugak kot..
haha..che yana student poli..so tak ambik tahu sangat tentang orang lain..
cuti kali nih sangat bosan..fuhh....!! Siyer..da tak tau nak wat ape nih..
Tapi kan...nasib baik la ade Muhd Adam..new baby borned in my family..
Bak kate orang..patah tumbuh hilang berganti..
lepas arwah nenek dah tak de nh..rase sunyi sangat..
oke..che yana dah tak lalu nak melalot sangat dah nh...

che yana nak kongsi dengan sahabat2 sume aktiviti shengal che yana...

1) Baca Novel cinta la..pe lagy...tu je hobi paling 1st...hehe nak tau ke novel pe....
tadaaaa....!! title : Doktor Cinta...
Sinopsis citer nyer macam nih :
Mazliana Haji Nordin, gadis comel yang sempoi dan selamba. Terpaksa menjadi kekasih satu malam kepada Tengku Iskandar untuk mengelakkan Tengku Iskandar berkahwin dengan pilihan mamanya. Tetapi rancangan menjadi rumit apabila Tengku Mariam, mama Tengku Iskandar menyukai Mazliana dan terus merisik Mazliana.

Banyak perkara yang berlaku kepada mereka tetapi Mazliana menghadapinya dengan bersahaja dan sempoi. Kewujudan Tasha dan Julia Hana sebagai penagih cinta Tengku Iskandar sedikit pun tidak menjejaskan sifat bersahaja dan sempoinya itu pada awalnya. Namun, sekian lama bergaduh, mengusik, membuli sesama mereka, ada perasaan halus wujud dalam hati masing-masing. Tapi, biasalah, Tengku Iskandar dengan egonya, Mazliana dengan perangai bersahaja dan kelibutnya.

Julia Hana, model terkenal menjadi pilihan Tengku Iskandar kala itu kerana cinta Tengku Iskandar masih milik Julia Hana walaupun pernah dikecewakan oleh model terkenal tu. Tapi, sejauhmana keikhlasan Julia Hana dalam perhubungannya? Bagaimana dengan Mazliana? Takkan sedikit pun tidak terkesan dengan layanan lembut Tengku Iskandar pada Julia Hana sedangkan kata-kata laser saja yang keluar pabila bersamanya? Tengku Mazlan, Tengku Mariam, Zikri, Syamin dan Taufiq adalah sebahagian insan-insan yang mewarnai lukisan hidup Mazliana Haji Nordin. Untuk menyelami hati dan kehidupan Mazliana Haji Nordin, Doktor Cinta ada coretan ceritanya.

Korang baca la novel nih...best giler..dan untuk pengetahuan korang..novel nih best seller kat MPH tau..hehe

next xtiviti..nty che yana upload lagy ea...nanti taak larat lak korang sume nak bace..

No comments:

Post a Comment